Thursday, November 3, 2011

Sakit Dan Hikmahnya



Rasulullah  pernah mengatakan, “ Aku mengagumi seorang mukmin karena selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur ( kepada Allah ) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri ( dan menjalankannya dengan sabar ) bahwa di dalamnya ada kebaikan pula ”. ( HR Muslim )





Syukur ketika mendapatkan kebaikan / kesenangan adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan  tetapi sabar ketika mendapatkan musibah adalah sesuatu sangat sukar untuk dilakukan. Keadaan itulah yang akan membezakan tahap keimanan seseorang. Semakin besar  ujian yang diterima dan dia dapat bersabar maka semakin tinggilah darjat seseorang itu.

Salah satu ujian kesabaran bagi seorang muslim adalah sakit. Sakit yang menimpa seseorang itu memiki banyak hikmah, diantaranya :

1. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuninya dosa yang telah dilakukan termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuh. Rasulullah s.a.w bersabda, “ Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah SWT dari perbuatan itu lebih banyak lagi ".
( HR. Tabrani ).

2. Orang sakit yang boleh bersabar akan mendapatkan pahala dan ditulis untuknya bermacam-macam kebaikan dan ditinggikan darjatnya. Rasulullah s.a.w bersabda, “
Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan" . ( HR. Muslim dari Aisyah ra ).

3. Sebagai balasannya, ia akan selamat dari seksa neraka. “ Aisyah Ummul Mukminin menerangkan sabda Rasulullah s.a.w bahawasanya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari siksa api neraka ”. ( HR. Al-Bazzar )

4. Selalu ingat pada Allah SWT. Apabila di timpa musibah dan sakit akan membuat seseorang itu merasakan dirinya benar-benar lemah, tidak berdaya sehingga ia akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah SWT. Dzat yang mungkin telah ia abaikan selama ini. Kepasrahan kepada Allah SWT ini pula akan memimpinnya untuk bertaubat.


5. Selalu mengingat nikmat Allah SWT. Sakit membuat seseorang itu memahami erti dan pentingnya kesihatan.


6. Pembersihan hati dari penyakit. Pendapat Ibnu Qayyim, “ Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dan dugaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah SWT yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan  jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah SWT untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya akan diangkat dan jiwanya akan dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha ”.


No comments:

Post a Comment