Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Takdir Semalam


As the title itself, secara tak rasminya aku cuba untuk menerima akan aturan dan ketentuan dari Dia, akan memakna sebuah perjalanan demi secebis kebahagiaan. Bukan mudah untuk aku merungkai akan setiap satu persoalan yang berlegar di ruang fikir, namun aku rasa inilah yang terbaik untukku. Sedang tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menjawab dan memberikan dengan tepat akan setiap apa yang akan dan bakal berlaku...

Maaf andai aku tidak sehebat yang kau mahu.. aku manusia biasa lagi lemah dan berlumur dosa.. Ya Allah, bantu aku dalam setiap langkahku menjalani baki sisa hidup ini dengan keberkatan dan sedikit kebahagiaan.





The Key



" nOw, U had the key, U had open 'it', take a look at 'it', and what U need to TRY is take a good care of 'it',
but
if.. one DAY, you don't want to C 'it' anymore, close 'it' NICELY, n return back t' 'key' to Him. "

17 / 01 / 2013




Saturday, July 21, 2012

Terus Mencari





Mencari diri.
Siapakah diri aku yang sebenar ?
Dalam melalui kitar sebuah kehidupan. Aku terus mencari identitiku yang sebenar. Aku ini sepatutnya macam mana ? Siapa yang aku perlu ikuti ? Aku perlu jadi apa ?


Persoalan yang biasa muncul di dalam diri.
Tetapi apakah aku berjaya mencari diri aku yang sebenar, atau aku sekadar berimaginasi akan sesuatu yang bukannya dari diri aku yang sebenar. Maka di sinilah permulaannya akan proses memahami dan mengetahui, bagaimana hendak mencari diri.


Siapakah yang lebih kenal akan diri ini ?
Ayahkah ? Ibukah ? Rakan-rakankah ?


Hakikatnya, walaupun ibu yang mengandungkan kita sendiri, dia tidak juga lebih mengenali diri kita. Tetapi yang mewujudkan aku di dalam rahim ibu, itulah yang amat mengenali diri ini. Ibu tidak mencipta kita. Ibu tidak mewujudkan kita. Bahkan Ibu menangis apabila kita wujud di dalam perutnya. Menangis gembira. Terkejut dan tidak sangka. Kita adalah anugerah. Dan sama sekali bukan Ibu yang mampu mewujudkan kita.


Jadi, yang mewujudkan aku adalah yang amat mengenali aku sebenarnya. Dia yang faham, aku ini patut menjadi apa. Dia yang mengetahui, siapa diri ini yang sebenarnya. Dialah... Allah SWT. Maka, bertanyalah kepada Dia. Maka, langkah pertama dalam mencari diri sendiri adalah dengan kembali kepadaNya. Cuba perhatikan apa yang Dia bicarakan berkenaan diri ini.


Di manakah hendak mencari bicaraNya? Allah telah mempermudahkan manusia, makhlukNya, untuk mencari apa yang dibicarakan olehNya di dalam Al-Quran yang dijaga olehNya.


Apakah sebenarnya diri aku ini, di atas dunia ini apa yang patut aku lakukan.
Seringkali aku mudah tertipu dengan sekeliling yang memperdaya. Sedangkan hakikatnya, aku sendiri tidak mengetahui siapakah mereka yang sebenarnya, dan apakah yang sepatutnya mereka lakukan.
Di sinilah, timbulnya kekacauan dalam kehidupan seorang insan.


Siapakah aku dan adakah aku cukup berani mencari diri, dengan jalan yang akan membawa aku kepada segala penyelesaian kesulitan sebuah kehidupan ?



Tuesday, July 17, 2012

Menoleh semalam untuk hari ini






   Dan…aku menulis lagi, beberapa tahun telah berlalu, namun diari pertama masih aku miliki. Seperti hari-hari sebelum yang telah di janji, segalanya yang telah aku tempuhi adalah sebuah takdir dari Ilahi yang tidak mungkin dapat aku menafikan dan mengubahnya lagi.


   Andai esok tidak lagi aku milki, aku andaikan hari ini aku dapat berkongsi. Mungkinkah ini cara seorang penari memulakan tari, mungkinkan juga cara seorang pelukis mengabadikan rasanya yang hadir dalam mimpi, atau juga permulaan seorang penulis mencipta sesuatu yang bakal terkesan untuk hati.

   Dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim, aku mulakan satu perjalanan, pengisian yang bakal dipenuhi dengan baris-baris ayat yang dipinjamkan Tuhan. Semalam yang telah berlalu memberikan seribu satu kesan dalam siapa aku hari ini. Semalam juga telah berlalu dengan kehendak dan izinNya. Walaupun seringkali perancangan aku tersasar dari kemahuan, dan seringkali juga aku tergelincir dari landasan. Aku yang telah hidup dengan tekad dan kesempurnaan yang di pinjamkan, senantiasa mencongak yang terbaik. Semalam hari-hariku kotor dengan dosa-dosa yang tak terkira banyaknya, semalam juga telah aku nodai perjalanan sebuah kehidupan dengan hitam yang masih terlekat dan tak terpisahkan. Semalam yang berlalu, aku telah lupakan untuk apa, dan siapa hidup dan matiku, untuk apa akan kehadiranku, dan apa pula balasanku tanda syukur aku pada penciptaku.

   Sedikit masa di ambil...

   Sehelai demi sehelai, aku selak lembaran yang telah aku catatkan, dan sedikit demi sedikit, lembaran tadi semakin cacat pada penglihatan. Setiap helai, tercatat ayat-ayat ceritera sebenar dalam mengisi waktu yang telah dipinjamkan. Diari seorang lelaki yang tak pernah punya ayat-ayat manis pelindung diri. Manis atau pahit, suka dan duka, serta sejuta satu rasa tersusun rapi dalam setiap helaiannya.

   Terbiasa dengan penolakan, penghinaan, kesunyian dan kegagalan, hari ini mengajar aku untuk teguhkan dan menetapkan pendirian. Wahai hati yang seringkali di buai gelombang duniawi, buka seluasnya minda yang mati… kau harus berpijak nyata dengan kudrat dan baki masa yang dipinjamkan, berdirilah dengan peringatan dan peringatkan diri yang semua akan diperhitungkan dan di mainkan semula nanti, bercakap hanya dengan kata-kata baik yang kau nafikan walau dunia sering tidak menyebelahi, bertindak dan lakukan sesuatu dengan akalmu yang sebaik-baik ciptaan telah diciptakan Ilahi.

   Wahai hati, tak mengapalah, walau nasib dan mimpi semalam tak berpihak padamu, itulah aturanNya, dan itu sebaik-baiknya untuk dirimu. Perhati dan amati segenap inci yang diciptakan untukmu...  tidak sedikit pun kurangnya daripada yang lain, apa perlu kau mendambakan sesuatu yang mustahil.


   Walaupun esok kau masih akan tergelincir, tabahlah dan bersabarlah… kerna itu mungkin satu ujian memantapkan peribadi dan satu pengajaran mendidik hati. Belajarlah dalam mentafsir erti sebuah mimpi yang telah kau lalui. Semalam penuh dengan sisi hitam, tak mungkin esok masih hendak engkau ulangi. Cukuplah...  takutlah... kerna pengakhiranmu esok ada dua tempat yang menanti. Takutkan akan NerakaNya dan takutlah andai engkau tidak layak untuk SyurgaNya yang dijanji.

   Wahai hati, ikhlaskan setiap apa yang telah kau lalui, redhakan setiap perkara yang telah menimpa sepanjang perjalanan yang telah kau tempuhi. Dari situ... mata terpejam kembali celik dan kau akan kecapi sedikit demi sedikit bahagia dan kegembiraan dalam dan terjauh di sudut hati. Lepaskan segala luka dan dendam yang pernah bersarang dalam hati yang terlekat seolah tak mahu pergi. Leraikan rasa benci yang tertanam terdalam di sanubari. Buangkan sejauhnya amarahmu yang dulu merajai, sehingga kau terpaksa melepaskan sesuatu yang terbaik dalam sebuah memori.


   Dalam setiap sujud, aku panjangkan sebaris doa, aku dampakan sentuhan dari kelembutanNya, aku mohon bimbingan dan kekuatan dariNya, aku harap kembaliku diterima olehNya, aku pinta di pimpin aku dengan hidayahNya, dan ampunkan aku yang dulu tebal dengan dosa serta sering melupakanNya, yang dulu terkejar-kejar akan dunia yang sementara cuma, yang dulu hina mengharap belas sesama manusia. Tetapkan dan permudahkan segala yang telah direncana.


   Hari ini dalam belas rahmat dan kurniaanNya, aku susun kata-kata yang dipinjamkan untuk esok yang lebih baik, untuk perbaiki semalam yang tercalit, untuk perindahkan esok yang mungkin berbaki sedikit, untuk menjernihkan semalam yang keruh terpalit, untuk memutihkan hitam semalam dan sedaya mungkin untuk bangkit. Mencari sekeping hati, yang dulu terkunci, memberi inspirasi baru pada sekeping hati yang kelmarin telah mati. Tetaplah dengan kenyataan dan perjalanan yang dijanjikan.

   Andai semalam kau masih belum faham, hari ini kefahaman itu telah pun meresapi. Mulakan merangkak andai belum kuat kau melangkah, semat dan kuatkan janji sebelum kau mampu berlari. Memberi bukan untuk menerima, berjuang bukan kerana nama.



Tuesday, May 29, 2012

Bila Pena Mula Menari





bila pena mula menari,
tari dengan rentak dan seri,
teruskan dengan sendiri,
tak perlu arah dan teruskan berdiri,
dengan tuju dan dengan paksi,

bila pena mula menari,
berbaris ayat di pinjamkan,
sejuta maksud tersiratkan,
luah isi-isi sebalik selaput kering yang luruh,
menurut setiap tindak yang kukuh,

bila pena mula menari,
jari melentik digerak saksi,
menundukkan rasa sekeras besi,
melembutkan hati dengan bukti,
melenturkan nafsi yang sentiasa merajai,

bila pena mula menari,
sesuka datang sesuka pergi,
jangan di kerah tak perlu di perah,
setiap kata pasti terluah,
cuba terdalam merungkai susah dan kisah,

bila pena mula menari,
sedikit mungkin menyentak nadi,
sebanyak mungkin menyakit sendi,
tapi keluarnya tak henti-henti,
andai tak mahu pasti kan hilang sekejap lagi, 

bila pena mula berhenti,
aku akhiri dengan hakiki,
bermula pasti berakhir setiapnya pasti,
cuma masa yang bijak menjauhkan diri,
jika bukan sekarang pasti akan nanti.



Sementara Ada Masa




cantik hanya selapis kulit yang menyaluti,
kenapa perlu rasa tinggi,
kenapa ada rasa puji,
sedang satu saat ia terganti,
dengan satu lapis putih berseri,

syukur pada tempatnya,
ikhlaskan pada terasnya,
tenggelamkan rintis bergaris sebaris,
ia dipinjam sementara cuma,
sampai saat tertarik warnanya,

biru warna langit,
takkan terganti sebelum mati,
bila kanan paling,
kiri kosong berpusing,
terpalit titik-titik songsang takkan berulang,

tinggallah tadi aku tinggalkan,
aku pergi atau masa tak menungguku lagi,
sesak dengan coret bertopeng tanpa isi,
rebah pada butir pasir,
tegak dalam ombak berdesir,

aku engat kalau kau lupa,
aku sedar andai kau alpa,
aku capai tatkala kau terlena,
aku tunai jika kau leka,
aku sampai sebelum kau derita.







Monday, May 28, 2012

Sampaikan





rentak langkah kini tergagah,
menuju arah mencari diri,
dalam...
menanti dedaun gugur menghijau kembali,
meniti...
mengenal maksud hidup sendiri,
aku terus berdiri,
menanti...
mengeringkan titis air mata pengharapan,
membuahkan manisnya dalam cerita,


cukup dengan kata kelmarin,
yang tercipta sendiri,
atau terukir dengan amarah hina dalam diri,
melempar kata yang meracuni,
sehingga ada rasa yang kecil,
lantas terbangkit dendam dan benci,


terpasti lagi akan aku bukti,
untuk setiap yang belum terbayar,
menatap nota sukma,
hingga lupa semalam yang ternoda,
melenakan sekelumit rasa dalam mimpi,
mengikut rentak tari sedang tanpa melodi,


lembar ini terlengkap kata,
meneliti setiap maksudnya,
merungkai setiap detik masa dan kata,
andai aku dan kita tidak lagi bersemuka,
mungkin sampaikan dalam maksudnya.








Sekali Lagi






aku melakar lagi,
melakar sesuatu yang indah,
walau dalam sebuah janji yang mati,
menunggu kelip-kelip datang melimpahkan cahayanya,

aku tulis lagi,
setiap ayat tersusun sendiri,
tertari mengikut rentak hati yang sepi,
mengorak langkah memikir janji-janji yang tak tertunas lagi,

aku datang lagi,
seolahnya mahu bersendiri,
seolahnya mahu di temani,
tenggelam dalam terang yang berputar,
hanyut dalam awan ceraah yang menyelimuti,

aku mewarnainya lagi,
dengan seribu impian yang terindah,
yang hanya wujud di alam maya,
tanpa bayang dan tak tergenggam,
merungkai semangat semalam,

satu titik aku berhenti,
satu saat aku terhenti,
teliti setiap baris yang terlintas tadi,
sedang jasad masih di sini,
lantas otak telah kembali,

lakaran sebuah perjuangan yang belum pasti,
perjalanan jauh ku harung,
demi setiap lakaran agung,
demi setiap baris janji yang di tulis,
untuk setiap helai yang telah aku warnai,

teruskan andai belum berakhir,
merangkak sebelum aku mampu berlari,
meniti dan selusuri,
sebuah perjalanan bergelar kehidupan.







Friday, May 4, 2012

Rindu, siapa, dan apa....?







RINDU....

HEBAT BETUL PERASAAN INI,
YANG TERKADANG,
TAK MAMPU RASANYA UNTUK KU KAWAL,
SUKAR SEKALI MENAFIKANNYA,
APATAH LAGI MEGHALANG IA MENYENTUH HATI,




RINDU PADA SIAPA...?
RINDU PADA APA....?


RINDU...

ADA SEBUT SEINDAH PELANGI,

ADA JUGA YANG SANGGUP MENDERHAKAI,
TAK KURANG YANG AKAN TOLAK HARAM KETEPI,



RINDU PADA SIAPA...?

RINDU PADA APA...?




BILA WAKTU DATANGNYA,
TAK PERLU DI UNDANG,
DATANG SEOLAH TAK MAHU PERGI,
DATANG LANTAS MENGEGARKAN SETIAP SENDI,
MEMENUHI RUANG-RUANG DAN RONGGA DIRI...



KETUK PINTU HATI,

ROBOHKAN TEMBOK KERAS WALAU DALAM MIMPI,
TOLONG....
TOLONGLAH.....
BUKA LUAS AKAL YANG MATI,



RINDU PADA SIAPA....?

RINDU PADA APA....?



PERNAHKAH KAU RINDU BILA KAU TAK BERSUA..?

PERNAHKAH KAU RINDU TATKALA PUTUS HUBUNGAN KAU DENGANNYA...?




RINDU PADA SIAPA...?
RINDU PADA APA....?



PERNAHKAH KAU RINDU BILA MANA KAU TAK BERDIALOG DENGANNYA...?

PERNAHKAH KAU RINDU BILA KAU LUPA WAKTU-WAKTU WAJIB YANG DI PERINTAHKANNYA...?
PERNAHKAH KAU RINDUKAN PADA UTUSANNYA....? 
PERNAHKAH......?
PERNAHKAH KAU RINDU DAN TERNANTI-NANTI WAKTU UNTUK SUJUD KEPADANYA.....?



RINDU PADA SIAPA...?

RINDU PADA APA....?



INGATKAN KAMU,

INGATKAN AKU......
IMAN TIPIS LAGI,
TERGODA DENGAN RAGAM SEKITAR YANG MENGELILING,
JEJAK KAKI KE BUMINYA,
TERCALIT SECUBIT HITAMNYA,



PERNAHKAH KAU RINDU DAN RASA MEMBUAK INGIN MEMENUHI BUKU AMAL BAIKMU...?

PERNAHKAH KAU RINDU AKAN RUMAH-RUMAHNYA YANG ENTAH BILA KALI TERAKHIR KAU JEJAKKAN KAKI KAU KE SANA...?



RINDU PADA SIAPA....?

RINDU PADA APA....?



PERNAHKAH KAU RINDUKAN UNTUK BERJUMPA DENGANNYA....?

PERNAHKAH KAU RINDUKAN PANDUAN KITAB AGUNG YANG SEPATUTNYA MENGIKAT KAU KUAT DENGANNYA....?
PERNAHKAH....?
PERNAHKAH KAU RINDUKAN SATU TEMPAT INDAH YANG KEKAL SELAMANYA, SEBAGAIMANA YANG TELAH PUN DI JANJIKANNYA....?



RINDU PADA SIAPA...?

RINDU PADA APA.....?





Jangan Menyerah






















Monday, April 30, 2012

Manusia Biasa





Ya Allah...

setiap saat yang ku lalui,
setiap detik yang ku batasi,
bergolak dalam diri,
berperang dengan rasa dan mimpi lalu,
yang tak penat-penat,
bergerak lancar dalam detak-detak nadiku laju,


kau,

kau yang di sana,

harus kau tahu aku luka,
harus kau tahu peritnya ku rasa,
harus kau tahu begitu sukar untuk ku lupa,

harus kau tahu hakikatnya ku masih berusaha.....


kau yang di sana,

perlu kau tahu,


hari-hari yang ku lalui masih penuh dengan harapan,

penuh dengan pengorbanan,
pengisian yang berselimut penyesalan,
menggenggam bayang-bayang semalam,



tenang dan senang,

raut wajah yang langsung tak memperlihatkan hati,
melawan sesak yang entah bila kan mati,
mengekori jejak-jejak janji,
yang belum terlunaskan lagi,



entah....

entah sampai entah tidak,
menjejak tempat tersimpan rahsia,


semoga rahsia kekal rahsia,

aku hanya manusia biasa.....




Friday, April 13, 2012

Persoalan




Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim
Hari ini dugaanMu datang menjengahku lagi,

Menggoyangkan hatiku,
Ku harap tak goyah


Terdetik difikiranku,
Ku harap seketika cuma


Menggoncangkan dadaku,
Ku harap tak tergoncang imanku



Pagi lagi kau datang,
Cepatlah kau menjauh,

Menghilang
Tak mahu aku jalani,
Sebuah perjalanan penuh persoalan
Tak mahu aku menapak,
Dengan pertanyaan yang bertapak
Pantas degup jantung,
Seolah ada yang hendak disampaikan
Lantas...bangkit
Melangkah mencari jawapan,
Melangkah mencari ketenangan

Jauh....aku pergi
Selaju, sepantas yang mampu
Dengan penuh harapan,
Walau tanpa arah
Walau tanpa penyokongnya
Hati kecil meminta ihsan

Iktikaf sendiri mengharapkan simpati Tuhan
Menagih petunjuk

Menenangkan fikiran

Persoalan demi persoalan menujah
Menerjah...
Di setiap sudut, kotak kecil fikiran
Menghitung sesal dan penyesalan
Sedang satu saat
Hati jahat berbisik
Menanti ruang antara sedar dan keliru
Menyesatkan hati yang bercelaru

HariMu hampir melabuhkan tirai
Sedang di satu sudut duniaMu
Hariku masih kecamuk,
Dan terkapai
Di mana jawapannya...
Apakah erti,
Hati yang tak henti tersentak
Terhentak dengan kenangan
Berperang dengan perasaan
Sayu menanti,
Penuh harapan
Kerana sebuah PERSOALAN......



Wednesday, April 11, 2012

Ingatkan Kamu Mengingatkan Aku


ANDA INGIN BERCINTA ?


Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta ( berlainan jenis ).

MENGAPA BERCINTA ? 

Terkadang bercinta dengan sebab terikit - ikut, ( kerana melihat kawan sedang ' BAHAGIA ' ). Terkadang ia bercinta supaya ' pointer ' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat… jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi…

SEBELUM BERCINTA CUBA BERSAMA KITA FIKIRKAN PERKARA-PERKARA INI :

1. SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERCINTA ?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan ? Ada orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


2. APA MATLAMAT ANDA BERCINTA ?

1. Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain ?
2. Terikut - ikut atau suka-suka sahaja ?
3. Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi ? ( tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan ?
4. Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan ?
5. Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT ?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak  ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ' Pijak semut tidak mati '. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ' menipu diri sendiri ' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.


Apabila perhubungan cinta anda mulai ' berkelap kelip ' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ' putus cinta '. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ' cantik ', ' molek ' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.


3. MENGAPA ANDA BERCINTA ? 

1. Kerana Allah SWT ?
2. Kerana cantik rupanya ? Mancung hidung ? Badannya seperti model ? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ' KECANTIKAN ' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN ?
3. Kerana duitnya ? Harta yang bertimbun ? Pangkatnya ?
4. Kerana empunya diri itu sendiri ?
5. Kerana Agamanya ? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

ANDA AKAN DAPAT APA YANG ANDA NIATKAN. INGAT PERJALANAN CINTA SESAMA MANUSIA AMAT JAUH, DAN MUNGKIN JUGA DEKAT, ATAUPUN IA SATU PERJALANAN YANG TIDAK PASTI.


4. APA MODAL UNTUK BERCINTA ?

Adakah dengan modal air liur ? Atau jari jemari menulis sms ?

Sedarkah anda ? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda ? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan Allah SWT dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.





5. BERAPA LAMA ANDA INGIN BERCINTA ?

  • Seminggu ?
  • Sebulan ?
  • Tiga, empat tahun ?
  • Sehingga habis belajar ?
  • Cinta hingga ke akhirat ?


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta ?
Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan?
Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan.

WALAUPUN ANDA SANGKAKAN DI BANDAR ORANG BERSIKAP TIDAK AMBIL PEDULI. TETAPI MALAIKAT DI KIRI DAN KANAN TETAP JUGA MENULIS CATATAN……

6. KOS CINTA

1. Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon ( sms, mms, chat etc ), bil elektrik, bil internet,
2. Masa yang anda korbankan untuk sidia
3. Hati dan perasaan

SIKAP MATANG DALAM MENCARI CINTA

Wahai sahabat, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah.
Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta ( sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya ? ).

Rosak kerana cinta ? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana Rasulullah SAW menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah SWT kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT dan manusia serta makhluk yang lain ? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah SWT yang bertaqwa ataupun hamba Allah SWT yang derhaka ?