Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim
Hari ini dugaanMu datang menjengahku lagi,
Menggoyangkan hatiku,
Ku harap tak goyah
Terdetik difikiranku,
Ku harap seketika cuma
Menggoncangkan dadaku,
Ku harap tak tergoncang imanku
Pagi lagi kau datang,
Cepatlah kau menjauh,
Menghilang
Tak mahu aku jalani,
Sebuah perjalanan penuh persoalan
Tak mahu aku menapak,
Dengan pertanyaan yang bertapak
Pantas degup jantung,
Seolah ada yang hendak disampaikan
Lantas...bangkit
Melangkah mencari jawapan,
Melangkah mencari ketenangan
Jauh....aku pergi
Selaju, sepantas yang mampu
Dengan penuh harapan,
Walau tanpa arah
Walau tanpa penyokongnya
Hati kecil meminta ihsan
Iktikaf sendiri mengharapkan simpati Tuhan
Menagih petunjuk
Menenangkan fikiran
Persoalan demi persoalan menujah
Menerjah...
Di setiap sudut, kotak kecil fikiran
Menghitung sesal dan penyesalan
Sedang satu saat
Hati jahat berbisik
Menanti ruang antara sedar dan keliru
Menyesatkan hati yang bercelaru
HariMu hampir melabuhkan tirai
Sedang di satu sudut duniaMu
Hariku masih kecamuk,
Dan terkapai
Di mana jawapannya...
Apakah erti,
Hati yang tak henti tersentak
Terhentak dengan kenangan
Berperang dengan perasaan
Sayu menanti,
Penuh harapan
Kerana sebuah PERSOALAN......
No comments:
Post a Comment