BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih itu tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia ? Apakah itu bahagia ?

Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak ? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu – sakit di hati yang sukar sekali untuk di ubati.
Pakar motivasi menyatakan : " Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda."
Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabda Baginda bermaksud : " Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan. "
( Hadis riwayat Imam Muslim )
Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah pilihkan
untuk kita adalah baik. APABILA SAKIT UBATNYA ADALAH SENYUM DAN REDA.
Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi
orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak
daripada mengambil ?
Ibnu Mas’ud apabila ditanya : “ Apakah engkau bersedih
kerana kehilangan sebelah kakimu ? ” Beliau menjawab : “ Bukankah Allah
meninggalkan untukku yang sebelah lagi ? ”
Orang banyak mengatakan : “ BAHAGIA ITU ADALAH KEPUASAN HATI ” Tetapi, pernahkah kita
berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas ? Selagi mana dia berada di
dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik,
kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah terpenuhi
dengan sempurna.
Selamilah dasar hati kita, percayalah bahawa SESUNGGUHNYA BAHAGIA ITU ADA PADA SIFAT
REDA. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan
pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa
memujuk hati yang luka.
Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka
kerana Allah lebih mengetahui apa yang ‘
SESUAI ’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang
suci daripada cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.
Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘ TIDAK TERIMA ’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tetapi biarlah
perasaan itu dikawal pada paras, hanya ‘ terkejut ’ dipuncaknya, kemudian surut
dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya.
Firman Allah : “ Allah pun reda ke atas diri mereka dan
mereka pun reda dengan pemberian-Nya. ”
( Surah Al-Bayyinah, ayat 8. )
Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu.
Pertama, ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya
adalah hadiah pemberian Allah. UJIAN ITU
SEBENARNYA HADIAH YANG PALING MAHAL, TETAPI KADANG-KADANG MANUSIA MENGANGGAP
CUMA NIKMAT PALING BERHARGA.
Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah dan
hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh
orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa
sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab
sayang.
TETAPI, MENGAPA PULA
KITA MERAJUK JIKA ALLAH MENGUJI KESETIAAN CINTA KITA. JIKA SAKIT MENGELUH
PANJANG, LUPA DENGAN HARI-HARI KETIKA SIHAT. KALAU RUGI SEMUA ORANG DIAMUK, DI
PEJABAT, DI PASAR, DI RUMAH, DI JALAN RAYA SEMUA TERKENA TEMPIAS KEMARAHANNYA.
RUGI YANG SEDIKIT ITU TELAH MENUTUP KURNIAAN ALLAH YANG BANYAK PADA REZEKINYA
SELAMA INI.
Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda. Hidup tidak
tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan
duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia. TETAPI, BUKAN BAHAGIA YANG ‘ DIAM ’ DALAM
HATI, IA CUMA MENEMPEL SEBENTAR PADA DINDING HATI KEMUDIAN LENYAP BEGITU CEPAT.
CARILAH BAHAGIA YANG
HAKIKI DI ATAS JALAN YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH KEKASIH ALLAH, MUHAMMAD SAW.
BAHAGIA ITU ADALAH REDA. CUKUP SENANG FORMULANYA, TETAPI SUSAH DILAKUKAN
KECUALI OLEH ORANG YANG BIJAK MENGAWAL PERASAAN LAGI BERIMAN.
No comments:
Post a Comment