Thursday, March 29, 2012

Mengatasi Demam Cara Islam



DEMAM ? APA NAK BUAT NI ? BADAN PANAS SEJUK ? TERASA LETIH SEPANJANG HARI ? TIADA SELERA MAKAN ?




Pernah tak antara kita demam masa kita zaman budak-budak dulu ? Mesti pernahkan...

dan masih ingatkah kita apa yang mak kita akan buat ?
Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah ? ( TIBA- TIBA TERINGAT DEKAT MAK YANG BERADA DI KAMPUNG )

Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, selepas itu mak kita pun letak atas dahi kita. ADA TAK ? 

Semestinya ada. Betul tak wahai kawan-kawan sekalian ? Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang apa yang saya baca dan temui tentang ilmu FIQH PERUBATAN.



APAKAH PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM ? 

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda :

Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

3- Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah...

4- Daripada Jabir r.a katanya :
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda :
“Kenapa anda menggigil ?


Jawabnya : Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya. Sabda baginda s.a.w :
Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya : 
“ Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati ”.



No comments:

Post a Comment