Thursday, December 30, 2010

Kerana...


'' bAGAimana DeNGAn sEKepiNG HatI yAng mEngHAraP...?tAK munGKin DitOLAk KeTepi,dIBuAng JauH tIDak SeKAli...
apA pulA pAndanGAn BAgi YAnG mENgeTAhui....? ''





Bagi mereka yang tidak menyukainya,

Menyebutnya tanggungjawab,
Mereka yang bermain dengannya,
Menyebutnya suatu permainan,
Mereka yang tidak memilikinya,
Menyebutnya suatu impian,
dan...mereka yang menyintainya menyebutnya takdir.....

Terkadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik,
Akan sentiasa menguji kita,
Kadang...Dia pun melukai hati,
Supaya hikmahnya boleh tertanam dalam,
Dalam dan begitu terlekat disanubari,
Dalam dan menjadi sebuah memori,
Dalam dan bakal jadi pengajaran meniti hari,

Jika kehilangan cinta,
Maka pasti ada alasan disebaliknya,
Alasan yang terkadang sulit dimengerti,
Alasan yang terkadang sulit difahami,
Letih mencari jawapan segala persoalan,
Terkadang tersentak dan mungkin memberontak,
Fahami dan dalami...Hati tadi perlu dicuci,

Jika kau ingin berlari,
Belajarlah berjalan dahulu,
Jika kau ingin berenang,
Belajarlah mengapung dahulu,
Jika inginkan kau dicintai...Belajarlah menyintai dahulu,
Hakikat terungkai dengan sentuhan,
Bunga tak mungkin mekar dalam waktu semalam,
Kota Rom tak dibangun dalam sehari,
Kelahiran terkandung selama sembilan bulan,
Cinta yang agung tumbuh dan akan terus kekal...selama adanya kehidupan,

Lalui liku-liku penuh bererti,
Selagi nafas tak lagi berhenti,
Hal yang indah memerlukan hari,
Memerlukan waktu untuk menguji,
Datangnya jangan kau hindari...
perginya jangan kau tangisi,
Penantian...Keberanian dan Pengharapan,
Hanya yang terindah,

Penantian demi penantian,
Tunjang segala yang terbeku di hati,
Demi waktu yang pantas berlari,
Menjanjikan hal yang tidak terfikir,
kerana janji dan perjalanan ini,
Penuh kejutan yang tidak terungkai lagi...
Pada akhirnya,
Kerna kau sabar menanti,
Dalam segala hikmahnya,
Yang menanti kan terbalas sendiri,
Kerna alasan yang penting...Hikmahnya tak mungkin tertanding.




'' mEnyELInAP dI jUrAng CInTA,BuKAn laNGsuNG TAk beRdUKA,
teTApi MAsiH BolEH MEMAksa seGEnggAm RAhsia,
MenJAnjiKAn pELuanG UnTUk bersAMA seLAmanYA...... ''

Monday, December 27, 2010

Keberkatan Surah Yasin






KEBERKATAN SURAH YASIN

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang...

> Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

> Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.Lindungi diri dari dianiaya.

> Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin.

> Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

> Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah.Memberi hidayah kepada anak.

> Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

> Ayat 29 - Utk digunakan jika kita merasakan ada orang memfitnah atau menganiaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

> Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

> Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

> Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.InsyaAllah tanaman akan menjadi subur.

> Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

> Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

> Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

> Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

> Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

> Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Nuh a.s. menaiki kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

> Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

> Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

> Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
  * Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
  * Tiupan ke-dua - Hancur
  * Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

> Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

> Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

> Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

> Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

> Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

> Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

-----------------------------------------------------------------

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

> Yasin memudahkan yang susah.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan

Ayat 9 - "Wajaalna...."
> Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
> Lindungi diri dari dianiaya
> Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
> Baca Ayat 9
> Fatihah
> Surah Al-Ikhlas 3x
> Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
> Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
> Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
> Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
> Jika sakit anggota
> Hati tidak tenang
> Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."
> Bila rasa sedih
> Untuk menenangkan hati
> Sambil pegang dan urut dada,bacakah ayat tersebut

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
> Tulang patah
> Sakit sendi
> Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
> Jika mandul
> Untuk mengubati kanser atau ketumbuhan dalam badan
* Sembahyang tahjud
* Sembahyang hajat
* Doa minta hajat
* Baca ayat 100 x dengan yakin
* Amalkan 41 malam
> (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
* Seperti di atas
* Bila baca ayat, tiup dalam air
* Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
* Doa sambil minum
* Untuk 41 pagi

Wallahualam.

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

> Ilmu Pertanian
> Ilmu Falak
> Ilmu Laut
> Ilmu Kiamat
> Ilmu Ciptaan Manusia
> Ilmu Binatang
> Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak menghampiri kematian atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.


-INFO-

Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

> Buah Zaiton - Elok untuk kulit
> Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
> Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
> Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam...

Potret Itu




...dan,
hari ini pasti...
aku hanya mampu mengabadikan wajah manis itu di atas sehelai kertas,
aku nyata dan yakin...
ianya pasti tidak akan luput....
dan tidak akan mungkin di jamah walau teriknya mentari,

...dan,
biarkanlah ia,
biarkan berabad lamanya ia disini...
dan kau biarkanlah ia,
walau ku tahu mungkin bakal menarik perhatian...
walau ku tak mahu...
ia merungkai kata-kata seribu janji,

...dan,
kini tak lagi pasti...
tiada kekuatan meyakini,
namun ia masih lagi tersenyum...
satu saat nanti,
ia kan kembali menyentuh dedaun layu di rongga sunyi,

...dan,
jangan kau larang,
jangan sekali kau buang...
sedetik terlintas untuk dikisahkan,
ceritera cinta yang agung masih lagi berdiri...
masih ada lagi,
dan masih tegap dan berdiri,

...dan,
dari jauh dan terkandas disini,
aku hanya mampu menggapai bayang jasad yang mekar...mewangi,
namun tersentak,
kau hilang tatkala mentari tak lagi menyinari,

...dan,
atas namanya kata-kata setia,
jangan kau pergi,
berlari....dan lagi
puas dan lelah aku merangkak sendiri...
telah tekadkan hati untuk berani berdiri,
kembalilah....
tanamkan...dan sirami,
lalu kau berpegang pada lafaz sumpah dan janji...
berpisah yang pasti cuma sekali.

'' rINdu iTu sEinDAh PElanGI...
BerbAGai WarNA pENUh BersERI,
saYang ItU SehArum BungA meWAngI,
diSenTuH Tak DapAT tApi WuJUd diSiSI,
cINta PulA seHAngAT SaNG MeNTAri,
hadiRNYA diNanTI PErgInyA diCAri,
hADirnYA peNUh SEJuta ErTI,
HIlanGNYa tIADA penGgaNTi..... ''


Saturday, December 25, 2010

Doa




Firman Allah SWT yang bermaksud : '' Dan Tuhanmu berfirman : '' Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Kuperkenankan bagimu. '' Sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina. ''
( Surah Ghafir 40 : 60 )

Ketika mentafsirkan ayat suci ini,al-Allamah Ibn Kathir telah menukilkan kata-kata Qatadah :
''Ka'bul Ahbar berkata bahawa antara kelebihan umat ini berbanding umat terdahulu ialah nabi terdahulu dikatakan kepada mereka : ''Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan kepadamu sekelian.''

Ayat ini bermaksud Allah SWT telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan oleh-Nya berbanding dengan seruan Allah seperti yang dinyatakan di atas yang hanya tertentu pada nabi-nabi terdahulu sahaja.Syeikh Abul Qasim al-Qushairi telah menyatakan dalam risalah ( Qushairiah ) nya : ''DOA ADALAH KUNCI SEGALA HAJAT,PENGHIBUR ORANG MISKIN,PELINDUNG ORANG KESEMPITAN DAN PEMBERI KETENANGAN BUAT MANUSIA YANG BERKEINGINAN.''Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya.Bahkan Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya.




BILA PULA DOA HENDAK DIKABULKAN ?

''Mengapakah doa kita tidak di makbulkan oleh Allah SWT sedangkan Allah SWT menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya bahawa setiap doa yang dibisikkan pasti akan diperkenankan.Bukankah Allah SWT menegaskan Dia tidak akan menyalahi janji-Nya?''
Sering kali persoalan-persoalan ini bemain dalam fikiran,dan apabila seseorang berada di dalam situasi begini,syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap putus asa .Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah SWT...Kata-kata Syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam ( al-Hikam ) : Maksudnya : ''Janganlah berputus asa jika Allah SWT melewatkan penerimaan doa  sekalipun kamu sudah bersunguh-sungguh berdoa kerana Allah SWT menjamin penerimaan semua doa menurut yang telah Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan ( akan dikabulkan ) pada waktu yang ditentukan oleh-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.

Inilah hakikat doa yang telah pun kita bisikkan.Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya ini.Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan bersangka baik pada Allah SWT.Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah Yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah SWT dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.
Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat.Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2 hingga 10 bahawa doa Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.Subhanallah!Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang telah memanjatkan doa.Sedangkan Dia pasti akan mengabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya.Tunduk dan haruslah kita patuh dalam menerima segala kurniann-Nya dan janganlah sekali-kali kita berputus asa.Bukankan Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
''Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ''Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?'' ( Muttafaq álaih ).....BERDOA DAN BERSANGKA BAIKLAH...Wallahuálam.


Thursday, December 23, 2010

6 Perkara Allah SWT Sembunyikan


Pertama sekali,cuba renungkan beberapa pertanyaan berikut ; PERNAHKAH KITA MERASA BERAT ATAU MALAS KETIKA HENDAK MELAKSANAKAN ATAU MENUNAIKAN SOLAT? dan mungkin jawapan yang meniti di bibir kita ialah '' PERNAH '' . PERNAHKAH KITA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU YANG DIWAJIBKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH BALIGH? jawapannya mungkin ''PERNAH'' atau bahkan mungkin ''SERING''. PERNAHKAH KITA MEMIKIRKAN APA YANG TELAH ALLAH SWT SIAPKAN SEBAGAI BALASAN ATAU IMBALAN ATAS IBADAH SOLAT KITA? mungkin jawapan yang keluar ''JARANG'' atau bahkan mungkin ''TIDAK PERNAH''.



Sebenarnya yang namanya ''SOLAT'' itu bukanlah satu perkara yang berat untuk dikerjakan atau dilaksanakan.Untuk mengerjakan ''SOLAT'' seseorang itu tidak perlu membanting tulang atau memeras keringat terlebih dahulu.Mengerjakan ''SOLAT'' juga tidak harus memerlukan atau memakan masa yang panjang.Bahawasanya mengerjakan ''SOLAT'' itu bukanlah sesuatu urusan yang akan melelahkan atau mengurangkan sebahagian atau seluruh kudrat kita.Dan sesungguhnya dengan ''SOLAT'' inilah,jiwa kita yang telah letih disebabkan seharian bekerja akan beristirehat dan akan mengumpulkan kudratnya kembali.Dan dalam sedar atau tidak,dengan ''SOLAT'' fikiran yang kusut atau bercelaru akan kembali segar dan kembali bertenaga.

Agak pelik dan aneh rasanya,jika kita telah mengetahui bahawa ''SOLAT'' ialah salah satu ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah SWT namun kita berani meninggalkannya.Seandainya semua manusia itu mengerti bahawa perintah ''SOLAT'' adalah perintah yang akan memberikannya ganjaran yang tidak terkira besarnya,nescaya mereka akan menyesal kerana telah meremehkan perintah ''SOLAT'' ini.
Allah SWT selesai menciptakan jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang.sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124,000 sayap).Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata : ''Wahai Tuhanku,adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku? ''Lalu Allah SWT berfirman yang maksudnya : ''Tidak'' Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail a.s solat,maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : ''Wahai Jibrail,kamu telah menyembah-Ku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadah kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datangnya seorang nabi yang mulia dan yang paling aku cintai,namanya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan,fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar.Maka demi kemuliaan-Ku ,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.Kerana mereka mengerjakan solat itu di atas perintah-Ku,sedangkan engkau mengerjakan solat itu bukan di atas perintah-Ku.''
Kemudian Jibrail a.s berkata : ''Ya Tuhanku,apakah yang akan engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'' Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud. ''Ya Jibrail,akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.''
Kemudian malaikat Jibrail a.s meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat Syurga Ma'waa.Setelah malaikat Jibrail a.s mendapat keizinan,maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang.Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon disitu dan dia sujud kepada Allah SWT.Lalu ia berkata di dalam sujudnya : ''Ya Tuhanku,apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau sepertiganya,atau seperempatnya?''.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : ''Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...''

Marilah sama-sama kita fikirkan dan bersama berusaha mengerjakan suruhan-Nya.Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 'enam' perkara,iaitu : 

1) Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2) Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.

3) Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4) Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5) Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6) Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sabda Rasulullah SAW : 
''Sesiapa yang menghidupkan sunnah-ku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.'' (H.R Al-Sajary daripada Anas)

Wednesday, December 22, 2010

Bidadari Dalam Mimpi





'' mUNgkiN peRnaH kuLUkai HatImu,muNGkiN juGA pERnaH kuSakiTi Hatimu,
munGkiNkAN diRiMu hapUSKAn DaifkU,
taPi JAngaN peRnaH Kau HapuS AkU ''

Bidadari dalam mimpi,
hadirmu sendiri pengubat rinduku,
penuhi waktuku yang terasa panjang berlalu,
bersama senyum manis yang meruntun hati,
kau hapus sesak dan sesal menyayat hati,

Bidadari dalam mimpi,
pertama kali hadirmu tak pernah ku sangsi,
di jemput tiada dan pergimu sering lagi sendiri,
tinggalkan aku dan menagih rindu bersemadi,
di janji pasti kau kan menjengah sunyi,

Bidadari dalam mimpi,
malam menerjah ku terus berdiri,
ternanti hadirnya kelibat si bidadari,
entah kau sesat di jurang berduri,
entah kau terjerat perangkap yang menanti,

Bidadari dalam mimpi,
ternyata pasti ku di tinggalkan lagi,
terikat aku lafaz sumpah dan janji,
yang kini terbukti tidak lagi berani berlari,
mentari menjengah mengejutkan yang mati,

Bidadari dalam mimpi,
kini sunyi lagi tanpamu disisi,
ku tulis puisi janji yang terpatri,
bahagia berdua mungkin bukan di sini,
ceria cinta, ku harap setelah bersemadi......


''KuATkan semANgatTmu TempUHI kehIDupaN, REdHa HAtiMu SegaLA KetENtuAn,
sEGaLa Yang bAik dataNg Dari-Nya,daN yAng burUK PenciptaNYa ManusiA''

Yang Pertama











...dan,didalam ku meniti hari,


sejuta dan tak henti dugaan yang kutempuhi,
sakit ku tempuh halangan sepanjang perjalanan,
tertinggal sejuta kepahitan yang kurasai,

...dan,manisnya serta indah itu hanya sekali,
hinggap lalu menyentuh sekeping hati,
namun sayang ianya tak kekal abadi,

...dan,sedikit rasa di sudut hati,
masih mampu untuk aku mensyukuri,
kerna masih sempat untuk ku kecapi,
saat manis yang terlekat disanubari,

...dan,kau yang pertama di sayangi,
kau yang pertama dirindui,
kau yang pertama yang telah memberi sedikit senyuman,
dan telah kau beri manis yang tertanam bersemadi,

...dan,saat ini kau hilang dari pandangan,
kau pergi jauh dari ingatan,
lalu kau pilih sempadan pemutus ikatan....

...redha aku segala ketentuan,
tak mungkin berupaya menentang kehendak Tuhan,
di hujung bibir ku lafazkan doa,
kuharap bahagia kau menempuh kehidupan.

Tuesday, December 21, 2010

14 Kaedah Syaitan Memasuki Hati Manusia

'' BeruSahAlah DeNgan IkhLAs TanPA mEMikirkAn balaSan SeaMAta-MatA,kEranA seMAkin TiNGGi keIKhlaSAn di DalaM dIRI,SEmakiN TinggILah BAlaSan Baik Yang Akan diPErolEHi dAlaM KEaDaan SeDAr Atau TIdaK ''



Sesungguhnya syaitan dan iblis itu mahu dan akan sentiasa menyesatkan umat manusia,sehinggalah manusia itu tunduk dan menjadi sebahagian daripada mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda antara maksudnya ialah,sekiranya dua orang lelaki dan perempuan berdua-duaan,maka akan ada orang yang ketiga,iaitu syaitan yang akan menghasut anak Adam untuk terjerumus ke lembah maksiat.
Untuk sekelian kalinya,aku akan kongsikan apa yang pernah aku baca yang mana ia menceritakan antara kaedah-kaedah yang digunapakai oleh syaitan untuk memasuki hati setiap umat manusia sehingga menjadikan hati setiap manusia itu keras,gelap dan berada di dalam kesesatan.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah : 

> Bermula dengan bisikan syaitan agar menggemari perihal keduniaan,kemudian akan dihasut agar terpaut lalu mencintai dunia pula.Sedangkan kehidupan akhirat terus menerus dipinggirkan dan terkeluar dari lubuk hati.Hati akan menjadi keras,lalu memilih dunia sebagai matlamat di dalam menempuhi kehidupan,lantas berterusan dan akan terus melupakan akhirat yang merupakan pengakhiran bagi setiap kehidupan.Akhirnya,mereka akan terus hanyut menjadi manusia yang lalai kemudian terjebak kekancah atau kelompok dosa yang membinasakn diri sendiri.

> Terlalu melayan perasaan dan sangat panjang angan-angan.Berangan sehingga seharian tanpa melakukan sebarang atau sesuatu perkara yang berfaedah.Oleh kerana keasyikan dan khayal dengan angan-angan melayani perasaan sendiri,pada akhirnya ia akan mengeraskan hati manusia itu.Lantaran dengan itu,manusia akan mudah terpengaruh dengan bisikan jahat syaitan dan fikirannya yang waras.Dimana suara hati jahat dirasuki oleh bisikan-bisikan syaitan yang mudah pula mempengaruhi setiap pertimbangan dan tindakan untuk melakukan perkara-perkara yang membawa kebinasaan.

> Sifat terlalu rakus dan tamak terhadap harta serta kehidupan dunia boleh menjadi titik kelemahan manusia membenarkan syaitan syaitan menyelinap kedalam hati setiap manusia.Ini kerana,sifat dan sikap tamak merupakan sifat mazmumah ( perbuatan yang dikeji ) yang pada akhirnya,mereka-mereka yang mengamalkan sifat berkenaan menyusahkan orang lain.Kesan akhirnya diri sendiri juga akan mendapat parah dan di dalam penderitaaan.

> Bakhil dengan atau ke atas sesuatu yang diperolehinya,kerana bakhil itu merupakan pintu yang luas kepada kesombongan.Bakhil juga menyebabkan seseorang itu berat dan akan sentiasa tidak mahu mengeluarkan zakat atau sedekah.Walhal, zakat itu pembersih harta.Manakala sedekah jariah itulah yang ' menyambungkan amalannya ' sebagai saham di akhirat kelak.Sebagaimana sabda Raslullah SAW maksudnya,matinya seseorang anak Adam itu akan terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara yang di bawanya bersama ke dalam kubur hinggalah ke akhir hayat.Tiga perkara yang disebutkan oleh Baginda SAW ialah anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya,ilmu yang berguna yang diamalkan oleh orang dan sedekah jariah! Kedekut atau bakhil akan menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Tuhan.Ia boleh memutuskan tali persaudaraan dan silaturrahim yang mana akan memporak perandakan kehidupan manusia.

> Riya',takabur ( besar diri ) dan angkuh,kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.

> Ujub ( kagum dengan diri sendiri ) dan sombong adalah penyakit hati yang perlu diperangi.Allah SWT berfirman di dalam al-Quran antara maksudnya,sekiranya kita sombong dan angkuh terhadap sesama makhluk ,nantinya Allah SWT juga akan sombong dengan kita.Antara amaran dan ketidaksukaan Allah SWT diperlihatkan sejak di dunia lagi,yang mana pintu-pintu rezeki mereka akan disempitkan.Di dalam kes yang lebih teruk,dimana pintu rahmat akan ditutup rapat oleh Allah SWT.Tatkala ini,ia merupakan peluang tebaik bagi syaitan untuk menguasai hati manusia.Syaitan akan terus menerus menghasut dan menipu setiap manusia untuk berpaling daripada Allah SWT,dan tatkala ini juga hati manusia akan dengan mudah terpesong.

> Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan suka berdendam.Hal ini amat nyata menjadi kesukaan syaitan.Mereka yang mempunyai kelemahan,iaitu suka bersangka buruk dan berdendam ini amat mudah termakan hasutan syaitan.Lalu syaitan akan dengan mudah menyelinap kedalam hati manusia dan menjauhkan dirinya dari jalan kebenaran dan yang diredhai.

> Memandang remeh akan dosa-dosa kecil.Setelah memandang mudah perihal dosa-dosa kecil,mereka akan mengambil mudah pula segala dosa-dosa berkaitan.Perihal ini akan mendorong manusia lupa,lalai dan tidak mahu bertaubat.Apabila kita sering mengambil mudah dosa-dosa kecil,hati akan menjadi semakin hitam dan gelap,dan dengan ini ia akan menjadikan seseorang itu lebih mudah dikuasai oleh syaitan.

> Suka dan gembira apabila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah SWT.Apatah lagi azab atau musibah itu ke atas orang lain.Mereka bukan sahaja tidak mahu membantu atau mengambil pengajaran di atas musibah itu,malahan mengejek-ejek pula mereka yang di timpa mala petaka tersebut.

> Memandang rendah kepada seseorang yang lain.Sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian sesama manusia.

> Bodoh di atas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu,sebaliknya merasakan dirinya semakin betul.Mereka merasa segala fikiran dan perlakuan mereka sentiasa betul,walhal apa yang dilakukan itu sebenarnya sesuatu yang bodoh.apatah lagi mereka ini jenis yang tidak mahu mendengar nasihat walaupun nasihat itu jelas datangnya dari orang-orang alim dan ulama yang di sertakan dengan hujah dan pembuktian.

> Suka kepada pujian dan sanjungan,kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.

> Syaitan amat suka menghasut tatkala manusia sedang marah.Ini kerana ketika ini manusia itu mudah terpengaruh dan selalu benar tunduk kepada nafsu amarahnya.Marah itu merupakan bara api dari neraka dan syaitan akan memarakkannnya didalam hati manusia untuk terus dan terus terjerumus ke dalam kancah dosa-dosa besar.

> Putus asa dengan rahmat Allah.Sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya.Oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa sahaja.Mereka akan mudah mengikut kata hati dan bisikan syaitan dengan mengambil jalan mudah seperti merompak,mencederakan diri sendiri,membunuh diri,ataupun perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukum yang lain.





'' orAng Yang TerlaLu CepAt bERpuTUs Asa aDalah OraNG yANg PutuS HarAPan seUMpamA dIA tELah MenyEDiaKAn dIRinyA seNDiri Untuk MAti SEbeLUm MAti ''


Monday, December 20, 2010

Juz Scorpio


zodiak untuk tahun 2011. Zodiak Scorpio untuk tahun 2011 : 
Panjang Akal, Pendiam, Pendendam, Gigih, Tekun.






Nombor bertuah : 2, 9, 16, 27, 32, 47

Aroma pilihan : Lada Hitam, Kopi, Kayu Pinus, Bunga Sedap Malam

Warna pilihan : Merah Tua

Elemen pilihan : Air

Pasangan Serasi: Taurus




Para scorpio merupakan orang yang aktif, emosional dan positif. Mereka suka bekerja keras dan sempurna ; mereka selalu melihat hidup dari sisi pahitnya.

Mereka tidak menyukai kelemahan baik dalam diri mereka sendiri mahupun dalam diri orang lain. Mereka sangat dermawan dan penuh kasih dan selalu membela kaum yang lemah.

Mereka pandai menyimpan rahsia dan memiliki gerak hati yang kuat. Daya tarikannya ada pada tatapan matanya yang dapat menarik orang dengan kekuatan magnetiknya.

Scorpio dapat menjadi orang yang setia, namun juga musuh yang berbahaya. Mereka memiliki keperibadian yang penuh etika dan berpegang teguh pada peraturan yang mereka yakini dalam hidup mereka.

Sikapnya yang suka membantu, setia membuat orang yang mengenalinya merasa bertuah berada di pihaknya. Jika kamu berada di pihak yang berlawanan dengannya, maka ia akan menjadi musuh yang pendendam dan kejam.

Segelintir orang yang akan menyedari kemampuan sejati scorpio kerana sikapnya yang pendiam dan rendah hati terhadap apa yang telah mereka capai. Mereka orang yang selalu menepati janjinya dan jarang menarik kembali kata-kata yang telah terucap dari mulut mereka.

Mereka tergolong dalam golongan orang yang cermat dan pandai menganggarkan sesuatu situasi. Mereka tidak pernah terlibat dalam situasi tanpa persiapan yang secukupnya, oleh  itu mereka selalu menjadi pesaing yang sangat disegani.

Mereka selalu bersedia menolong yang lemah, senantiasa terkini dan berinformasi dan pandai menjaga rahsia.

Asmara para Scorpio: Scorpio adalah zodiak yang paling sensitif. Mereka penuh ghairah, setia dan sangat romantis.

Mereka tidak akan terlibat dalam suatu hubungan tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk mengetahui apakah pilihannya itu merupakan pilihan atau pasangan yang setia dan jujur.

Bila diyakini sepenuhnya, dengan sendirinya dia akan menunjukkan  keperibadian yang selama ini dia sembunyikan. Mereka tergolong dalam orang yang sangat cemburu jika menemui sesuatu yang boleh membuatkan hati mereka disakiti.

Tidak ada yang dapat menyakiti Scorpio kecuali perasaan dicurangi dan dikhianati oleh pasangannya.

Mudahkan Yang Mudah



''MahmUdah Vs MazMUmah''

PEMAAF




Allah berfirman yang bermaksud : ''Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf,serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.'' (Surah al-a'raf 7 : 199)
Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah.Rasulullah s.a.w dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.Allah juga berfirman yang bermaksud : ''Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima).Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.'' (Surah al-Baqarah 2 : 263)
Ingin jadi mulia...?Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
''Tidak akan berkurang sedekah akan harta,tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.'' (Riwayat Muslim no.2588).Memohon maaf tidak sepatutnya bermusim,malahan ia perlulah menjadi tradisi harian seorang Muslim.Taburkan maafmu pada setiap malam...saat sebelum matamu...terlelap buat sesiaapa jua,walaupun dia tidak pernah memohon agar dia di maafkan olehmu.


PENDENDAM




Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan,kekecewaan dan kegagalan dalam satu-satu pekara.Dendam lazimnya berkait rapat dengan sesuatu atau lebih perkara yang berlaku pada masa silam...yang mungkin menyebabkan manusia tega menciptakan kebinasaan buat saudaranya daripada beroleh kebaikan.Ini merupakan satu perasaaan,kehendak atau keinginan untuk membalas perbuatan jahat seseorang.
Bunuhlah dendam yang brsarang di dalam jiwa itu dengan langkah-langkah berikut : 

> sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar

> maafkan semua orang sebelum tidur

> lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam semakin membara dan marak

> bersahabat atau carilah sahabat dari golongan orang-orang yang soleh,elakkan bersahabat dengan mereka yang mampu menyalakan api kemarahan dan mereka yang tidak pernah kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesama insan

> yang pasti,setiap manusia di muka bumi Tuhan ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan

> percayalah,jika kita dianiaya,tertindas...dan tidak mendapat pembelaan di dunia,maka dengan hati yang redha haraplah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa

''mEMafKAn AdaLAh dENdam YAng tERinDah...jAdilah iBaraT pOHon EpaL yaNg teTap MEnjaTUHkan buahnyA yAng ManiS WalaUPun dILempaRKan dEnGan Batu...''