Thursday, May 31, 2012

11 jenis manusia yang di doakan Malaikat





PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.


ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : " Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci. "

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : " Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia. "


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas ( orang ) yang berada pada saf depan. "






4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah ( tidak membiarkan kekosongan di dalam saf ).
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf. "

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘ amin ’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Jika seorang imam membaca…( ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai ), ucapkanlah oleh kamu ‘ amin ’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu. "





6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat. "

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat ( yang menyertai hamba ) pada malam hari ( yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh ) naik ( ke langit ) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
" Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari ( hingga solat Asar ) naik ( ke langit ) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka : " Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku? "
Mereka menjawab : " Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat. "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘ amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan. '

9 . Orang yang membelanjakan harta ( infaq ).
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata : " Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq…"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur. "

11. Orang yang sedang menjenguk ( melawat ) orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : " Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh. "

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah




Tuesday, May 29, 2012

Bila Pena Mula Menari





bila pena mula menari,
tari dengan rentak dan seri,
teruskan dengan sendiri,
tak perlu arah dan teruskan berdiri,
dengan tuju dan dengan paksi,

bila pena mula menari,
berbaris ayat di pinjamkan,
sejuta maksud tersiratkan,
luah isi-isi sebalik selaput kering yang luruh,
menurut setiap tindak yang kukuh,

bila pena mula menari,
jari melentik digerak saksi,
menundukkan rasa sekeras besi,
melembutkan hati dengan bukti,
melenturkan nafsi yang sentiasa merajai,

bila pena mula menari,
sesuka datang sesuka pergi,
jangan di kerah tak perlu di perah,
setiap kata pasti terluah,
cuba terdalam merungkai susah dan kisah,

bila pena mula menari,
sedikit mungkin menyentak nadi,
sebanyak mungkin menyakit sendi,
tapi keluarnya tak henti-henti,
andai tak mahu pasti kan hilang sekejap lagi, 

bila pena mula berhenti,
aku akhiri dengan hakiki,
bermula pasti berakhir setiapnya pasti,
cuma masa yang bijak menjauhkan diri,
jika bukan sekarang pasti akan nanti.



Sementara Ada Masa




cantik hanya selapis kulit yang menyaluti,
kenapa perlu rasa tinggi,
kenapa ada rasa puji,
sedang satu saat ia terganti,
dengan satu lapis putih berseri,

syukur pada tempatnya,
ikhlaskan pada terasnya,
tenggelamkan rintis bergaris sebaris,
ia dipinjam sementara cuma,
sampai saat tertarik warnanya,

biru warna langit,
takkan terganti sebelum mati,
bila kanan paling,
kiri kosong berpusing,
terpalit titik-titik songsang takkan berulang,

tinggallah tadi aku tinggalkan,
aku pergi atau masa tak menungguku lagi,
sesak dengan coret bertopeng tanpa isi,
rebah pada butir pasir,
tegak dalam ombak berdesir,

aku engat kalau kau lupa,
aku sedar andai kau alpa,
aku capai tatkala kau terlena,
aku tunai jika kau leka,
aku sampai sebelum kau derita.







Monday, May 28, 2012

Sampaikan





rentak langkah kini tergagah,
menuju arah mencari diri,
dalam...
menanti dedaun gugur menghijau kembali,
meniti...
mengenal maksud hidup sendiri,
aku terus berdiri,
menanti...
mengeringkan titis air mata pengharapan,
membuahkan manisnya dalam cerita,


cukup dengan kata kelmarin,
yang tercipta sendiri,
atau terukir dengan amarah hina dalam diri,
melempar kata yang meracuni,
sehingga ada rasa yang kecil,
lantas terbangkit dendam dan benci,


terpasti lagi akan aku bukti,
untuk setiap yang belum terbayar,
menatap nota sukma,
hingga lupa semalam yang ternoda,
melenakan sekelumit rasa dalam mimpi,
mengikut rentak tari sedang tanpa melodi,


lembar ini terlengkap kata,
meneliti setiap maksudnya,
merungkai setiap detik masa dan kata,
andai aku dan kita tidak lagi bersemuka,
mungkin sampaikan dalam maksudnya.








Sekali Lagi






aku melakar lagi,
melakar sesuatu yang indah,
walau dalam sebuah janji yang mati,
menunggu kelip-kelip datang melimpahkan cahayanya,

aku tulis lagi,
setiap ayat tersusun sendiri,
tertari mengikut rentak hati yang sepi,
mengorak langkah memikir janji-janji yang tak tertunas lagi,

aku datang lagi,
seolahnya mahu bersendiri,
seolahnya mahu di temani,
tenggelam dalam terang yang berputar,
hanyut dalam awan ceraah yang menyelimuti,

aku mewarnainya lagi,
dengan seribu impian yang terindah,
yang hanya wujud di alam maya,
tanpa bayang dan tak tergenggam,
merungkai semangat semalam,

satu titik aku berhenti,
satu saat aku terhenti,
teliti setiap baris yang terlintas tadi,
sedang jasad masih di sini,
lantas otak telah kembali,

lakaran sebuah perjuangan yang belum pasti,
perjalanan jauh ku harung,
demi setiap lakaran agung,
demi setiap baris janji yang di tulis,
untuk setiap helai yang telah aku warnai,

teruskan andai belum berakhir,
merangkak sebelum aku mampu berlari,
meniti dan selusuri,
sebuah perjalanan bergelar kehidupan.







Saturday, May 5, 2012

Bercakap dengan Allah Melalui Sembahyang dan Al-Quran




Orang yang membaca Al Qur’an keadannya adalah sama seperti dia sedang berkata-kata dengan Allah sebagaimana hadith Nabi yang bermaksud " Sesiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Allah maka hendaklah membaca Al Qur’an ".


Selain itu jika kita hendak bercakap dengan Allah SWT, kita boleh melakukan solat kerana sembahyang adalah hubungan dengan Tuhan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….. ( diriwayatkan oleh Imam Ahmad ).

Sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu sama dengan apa yang difikir atau diingati. Hendaklah " hadir hati " iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Berkata seorang ulama bernama al-Hakim : " Jika kamu ingin Allah SWT " bercakap " denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin bercakap dengan Allah SWT, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan,pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah SWT ".

Rasulullah SAW apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solat merupakan penyejuk hati Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solat. Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a. : " Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat." ( al-Hadith )




Bila kita membaca Al-Quran, sebenarnya Allah sedang bercakap dengan kita. Allah menjawab bacaan kita.

Dalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim...
"….. apabila hamba itu berkata , ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan daku’; apabila hamba itu berkata ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu’; apabila hamba itu berkata مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) , Allah menjawab ‘Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) , Allah menjawab ‘ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku’ ( Hadith Sahih Muslim )

Imam Syafie khatam ( menghabiskan ) bacaan Al-quran dalam dua rakaat sembahyang malamnya, manakala Imam Abu Hanifah pula khatam quran dalam satu rakaat sembahyang malamnya.


Friday, May 4, 2012

Rindu, siapa, dan apa....?







RINDU....

HEBAT BETUL PERASAAN INI,
YANG TERKADANG,
TAK MAMPU RASANYA UNTUK KU KAWAL,
SUKAR SEKALI MENAFIKANNYA,
APATAH LAGI MEGHALANG IA MENYENTUH HATI,




RINDU PADA SIAPA...?
RINDU PADA APA....?


RINDU...

ADA SEBUT SEINDAH PELANGI,

ADA JUGA YANG SANGGUP MENDERHAKAI,
TAK KURANG YANG AKAN TOLAK HARAM KETEPI,



RINDU PADA SIAPA...?

RINDU PADA APA...?




BILA WAKTU DATANGNYA,
TAK PERLU DI UNDANG,
DATANG SEOLAH TAK MAHU PERGI,
DATANG LANTAS MENGEGARKAN SETIAP SENDI,
MEMENUHI RUANG-RUANG DAN RONGGA DIRI...



KETUK PINTU HATI,

ROBOHKAN TEMBOK KERAS WALAU DALAM MIMPI,
TOLONG....
TOLONGLAH.....
BUKA LUAS AKAL YANG MATI,



RINDU PADA SIAPA....?

RINDU PADA APA....?



PERNAHKAH KAU RINDU BILA KAU TAK BERSUA..?

PERNAHKAH KAU RINDU TATKALA PUTUS HUBUNGAN KAU DENGANNYA...?




RINDU PADA SIAPA...?
RINDU PADA APA....?



PERNAHKAH KAU RINDU BILA MANA KAU TAK BERDIALOG DENGANNYA...?

PERNAHKAH KAU RINDU BILA KAU LUPA WAKTU-WAKTU WAJIB YANG DI PERINTAHKANNYA...?
PERNAHKAH KAU RINDUKAN PADA UTUSANNYA....? 
PERNAHKAH......?
PERNAHKAH KAU RINDU DAN TERNANTI-NANTI WAKTU UNTUK SUJUD KEPADANYA.....?



RINDU PADA SIAPA...?

RINDU PADA APA....?



INGATKAN KAMU,

INGATKAN AKU......
IMAN TIPIS LAGI,
TERGODA DENGAN RAGAM SEKITAR YANG MENGELILING,
JEJAK KAKI KE BUMINYA,
TERCALIT SECUBIT HITAMNYA,



PERNAHKAH KAU RINDU DAN RASA MEMBUAK INGIN MEMENUHI BUKU AMAL BAIKMU...?

PERNAHKAH KAU RINDU AKAN RUMAH-RUMAHNYA YANG ENTAH BILA KALI TERAKHIR KAU JEJAKKAN KAKI KAU KE SANA...?



RINDU PADA SIAPA....?

RINDU PADA APA....?



PERNAHKAH KAU RINDUKAN UNTUK BERJUMPA DENGANNYA....?

PERNAHKAH KAU RINDUKAN PANDUAN KITAB AGUNG YANG SEPATUTNYA MENGIKAT KAU KUAT DENGANNYA....?
PERNAHKAH....?
PERNAHKAH KAU RINDUKAN SATU TEMPAT INDAH YANG KEKAL SELAMANYA, SEBAGAIMANA YANG TELAH PUN DI JANJIKANNYA....?



RINDU PADA SIAPA...?

RINDU PADA APA.....?





Jangan Menyerah