Tuesday, May 29, 2012

Bila Pena Mula Menari





bila pena mula menari,
tari dengan rentak dan seri,
teruskan dengan sendiri,
tak perlu arah dan teruskan berdiri,
dengan tuju dan dengan paksi,

bila pena mula menari,
berbaris ayat di pinjamkan,
sejuta maksud tersiratkan,
luah isi-isi sebalik selaput kering yang luruh,
menurut setiap tindak yang kukuh,

bila pena mula menari,
jari melentik digerak saksi,
menundukkan rasa sekeras besi,
melembutkan hati dengan bukti,
melenturkan nafsi yang sentiasa merajai,

bila pena mula menari,
sesuka datang sesuka pergi,
jangan di kerah tak perlu di perah,
setiap kata pasti terluah,
cuba terdalam merungkai susah dan kisah,

bila pena mula menari,
sedikit mungkin menyentak nadi,
sebanyak mungkin menyakit sendi,
tapi keluarnya tak henti-henti,
andai tak mahu pasti kan hilang sekejap lagi, 

bila pena mula berhenti,
aku akhiri dengan hakiki,
bermula pasti berakhir setiapnya pasti,
cuma masa yang bijak menjauhkan diri,
jika bukan sekarang pasti akan nanti.



No comments:

Post a Comment