Thursday, December 23, 2010

6 Perkara Allah SWT Sembunyikan


Pertama sekali,cuba renungkan beberapa pertanyaan berikut ; PERNAHKAH KITA MERASA BERAT ATAU MALAS KETIKA HENDAK MELAKSANAKAN ATAU MENUNAIKAN SOLAT? dan mungkin jawapan yang meniti di bibir kita ialah '' PERNAH '' . PERNAHKAH KITA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU YANG DIWAJIBKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH BALIGH? jawapannya mungkin ''PERNAH'' atau bahkan mungkin ''SERING''. PERNAHKAH KITA MEMIKIRKAN APA YANG TELAH ALLAH SWT SIAPKAN SEBAGAI BALASAN ATAU IMBALAN ATAS IBADAH SOLAT KITA? mungkin jawapan yang keluar ''JARANG'' atau bahkan mungkin ''TIDAK PERNAH''.



Sebenarnya yang namanya ''SOLAT'' itu bukanlah satu perkara yang berat untuk dikerjakan atau dilaksanakan.Untuk mengerjakan ''SOLAT'' seseorang itu tidak perlu membanting tulang atau memeras keringat terlebih dahulu.Mengerjakan ''SOLAT'' juga tidak harus memerlukan atau memakan masa yang panjang.Bahawasanya mengerjakan ''SOLAT'' itu bukanlah sesuatu urusan yang akan melelahkan atau mengurangkan sebahagian atau seluruh kudrat kita.Dan sesungguhnya dengan ''SOLAT'' inilah,jiwa kita yang telah letih disebabkan seharian bekerja akan beristirehat dan akan mengumpulkan kudratnya kembali.Dan dalam sedar atau tidak,dengan ''SOLAT'' fikiran yang kusut atau bercelaru akan kembali segar dan kembali bertenaga.

Agak pelik dan aneh rasanya,jika kita telah mengetahui bahawa ''SOLAT'' ialah salah satu ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah SWT namun kita berani meninggalkannya.Seandainya semua manusia itu mengerti bahawa perintah ''SOLAT'' adalah perintah yang akan memberikannya ganjaran yang tidak terkira besarnya,nescaya mereka akan menyesal kerana telah meremehkan perintah ''SOLAT'' ini.
Allah SWT selesai menciptakan jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang.sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124,000 sayap).Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata : ''Wahai Tuhanku,adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku? ''Lalu Allah SWT berfirman yang maksudnya : ''Tidak'' Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail a.s solat,maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : ''Wahai Jibrail,kamu telah menyembah-Ku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadah kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datangnya seorang nabi yang mulia dan yang paling aku cintai,namanya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan,fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar.Maka demi kemuliaan-Ku ,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.Kerana mereka mengerjakan solat itu di atas perintah-Ku,sedangkan engkau mengerjakan solat itu bukan di atas perintah-Ku.''
Kemudian Jibrail a.s berkata : ''Ya Tuhanku,apakah yang akan engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'' Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud. ''Ya Jibrail,akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.''
Kemudian malaikat Jibrail a.s meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat Syurga Ma'waa.Setelah malaikat Jibrail a.s mendapat keizinan,maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang.Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon disitu dan dia sujud kepada Allah SWT.Lalu ia berkata di dalam sujudnya : ''Ya Tuhanku,apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau sepertiganya,atau seperempatnya?''.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : ''Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...''

Marilah sama-sama kita fikirkan dan bersama berusaha mengerjakan suruhan-Nya.Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 'enam' perkara,iaitu : 

1) Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2) Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.

3) Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4) Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5) Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6) Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sabda Rasulullah SAW : 
''Sesiapa yang menghidupkan sunnah-ku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.'' (H.R Al-Sajary daripada Anas)

No comments:

Post a Comment