Friday, December 17, 2010

Tazkirah



''Ya Tuhanku,ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, serta semua kaum muslimin pada hari kiamat. Ya Tuhanku,sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku di waktu aku kecil dahulu.''

1)Kemanisan iman akan diperolehi melalui :

(a)Menunaikan amalan fardhu dengan sempurna,
(b)Bila dapat menjauhi larangan Allah SWT,
(c)Bila mentaati amal maaruf dan dapat ganjaran daripada Allah SWT,
(d)Bila dapat mencegah kemungkaran.

2)Empat perkara pada zahirnya ada kelebihan tetapi ada kebatilan disebaliknya :

(a)Berdamping dengan orang baik-baik dan soleh tetapi jika tidak mengambil contoh atau pengajaran dari mereka,itu kebatilan.
(b)Bacaan al-Quran memang amalan yang baik tetapi jika tidak beramal dengan al-Quran.ia menjadi satu kebatilan.
(c)Ziarah kubur ada kebaikan untuk mengingati si mati,malangnya ada yang tidak mengambil ikhtibar daripada kematian dan itu satu kebatilan.
(d)Menziarahi orang sakit satu amalan baik,tetapi jika tidak berdoa dan tidak ambil wasiat merupakan satu kebatilan.

3)Orang mukmin diwajibkan bimbang dengan 6 perkara :

(a)Bila Allah SWT tarik iman dari kamu sebab satu perbuatan atau percakapan.
(b)Bila malaikat Hafazah menulis perbuatan-perbuatan yang buruk dan haram ( fakta 257,000 kelahiran anak-anak tanpa bapa di antara 2000-2008 atau 2,500 sebulan atau 87 setiap hari amatlah menakutkan ).
(c)Bila syaitan membatalkan amalan soleh kita.
(d)Malaikat maut mengambil nyawa kita dalam keadaan leka dan lagho atau semasa melakukan maksiat.
(e)Dunia memperdaya dengan berbagai aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak memberi manfaat sebagai bekalan di akhirat.
(f)Urusan keluarga membuatkan kita lupa amalan untuk menghadapi akhirat ( jangan menyalahkan anak atau menjadikan mereka alasan apabila kita sendiri yang melengah-lengahkan sesuatu yang wajib keatas kita ).




Nabi Muhammad SAW bersabda :
 '' Barangsiapa yang di kehendaki baik oleh Allah,maka ia dikurniakan kefahaman,yakni pengertian tentang ilmu pengetahuan agama dan ilmu itu hanyalah dapat di perolehi dengan belajar''. ( H.R Bukhari )

No comments:

Post a Comment