Tuesday, December 21, 2010

14 Kaedah Syaitan Memasuki Hati Manusia

'' BeruSahAlah DeNgan IkhLAs TanPA mEMikirkAn balaSan SeaMAta-MatA,kEranA seMAkin TiNGGi keIKhlaSAn di DalaM dIRI,SEmakiN TinggILah BAlaSan Baik Yang Akan diPErolEHi dAlaM KEaDaan SeDAr Atau TIdaK ''



Sesungguhnya syaitan dan iblis itu mahu dan akan sentiasa menyesatkan umat manusia,sehinggalah manusia itu tunduk dan menjadi sebahagian daripada mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda antara maksudnya ialah,sekiranya dua orang lelaki dan perempuan berdua-duaan,maka akan ada orang yang ketiga,iaitu syaitan yang akan menghasut anak Adam untuk terjerumus ke lembah maksiat.
Untuk sekelian kalinya,aku akan kongsikan apa yang pernah aku baca yang mana ia menceritakan antara kaedah-kaedah yang digunapakai oleh syaitan untuk memasuki hati setiap umat manusia sehingga menjadikan hati setiap manusia itu keras,gelap dan berada di dalam kesesatan.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah : 

> Bermula dengan bisikan syaitan agar menggemari perihal keduniaan,kemudian akan dihasut agar terpaut lalu mencintai dunia pula.Sedangkan kehidupan akhirat terus menerus dipinggirkan dan terkeluar dari lubuk hati.Hati akan menjadi keras,lalu memilih dunia sebagai matlamat di dalam menempuhi kehidupan,lantas berterusan dan akan terus melupakan akhirat yang merupakan pengakhiran bagi setiap kehidupan.Akhirnya,mereka akan terus hanyut menjadi manusia yang lalai kemudian terjebak kekancah atau kelompok dosa yang membinasakn diri sendiri.

> Terlalu melayan perasaan dan sangat panjang angan-angan.Berangan sehingga seharian tanpa melakukan sebarang atau sesuatu perkara yang berfaedah.Oleh kerana keasyikan dan khayal dengan angan-angan melayani perasaan sendiri,pada akhirnya ia akan mengeraskan hati manusia itu.Lantaran dengan itu,manusia akan mudah terpengaruh dengan bisikan jahat syaitan dan fikirannya yang waras.Dimana suara hati jahat dirasuki oleh bisikan-bisikan syaitan yang mudah pula mempengaruhi setiap pertimbangan dan tindakan untuk melakukan perkara-perkara yang membawa kebinasaan.

> Sifat terlalu rakus dan tamak terhadap harta serta kehidupan dunia boleh menjadi titik kelemahan manusia membenarkan syaitan syaitan menyelinap kedalam hati setiap manusia.Ini kerana,sifat dan sikap tamak merupakan sifat mazmumah ( perbuatan yang dikeji ) yang pada akhirnya,mereka-mereka yang mengamalkan sifat berkenaan menyusahkan orang lain.Kesan akhirnya diri sendiri juga akan mendapat parah dan di dalam penderitaaan.

> Bakhil dengan atau ke atas sesuatu yang diperolehinya,kerana bakhil itu merupakan pintu yang luas kepada kesombongan.Bakhil juga menyebabkan seseorang itu berat dan akan sentiasa tidak mahu mengeluarkan zakat atau sedekah.Walhal, zakat itu pembersih harta.Manakala sedekah jariah itulah yang ' menyambungkan amalannya ' sebagai saham di akhirat kelak.Sebagaimana sabda Raslullah SAW maksudnya,matinya seseorang anak Adam itu akan terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara yang di bawanya bersama ke dalam kubur hinggalah ke akhir hayat.Tiga perkara yang disebutkan oleh Baginda SAW ialah anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya,ilmu yang berguna yang diamalkan oleh orang dan sedekah jariah! Kedekut atau bakhil akan menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Tuhan.Ia boleh memutuskan tali persaudaraan dan silaturrahim yang mana akan memporak perandakan kehidupan manusia.

> Riya',takabur ( besar diri ) dan angkuh,kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.

> Ujub ( kagum dengan diri sendiri ) dan sombong adalah penyakit hati yang perlu diperangi.Allah SWT berfirman di dalam al-Quran antara maksudnya,sekiranya kita sombong dan angkuh terhadap sesama makhluk ,nantinya Allah SWT juga akan sombong dengan kita.Antara amaran dan ketidaksukaan Allah SWT diperlihatkan sejak di dunia lagi,yang mana pintu-pintu rezeki mereka akan disempitkan.Di dalam kes yang lebih teruk,dimana pintu rahmat akan ditutup rapat oleh Allah SWT.Tatkala ini,ia merupakan peluang tebaik bagi syaitan untuk menguasai hati manusia.Syaitan akan terus menerus menghasut dan menipu setiap manusia untuk berpaling daripada Allah SWT,dan tatkala ini juga hati manusia akan dengan mudah terpesong.

> Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan suka berdendam.Hal ini amat nyata menjadi kesukaan syaitan.Mereka yang mempunyai kelemahan,iaitu suka bersangka buruk dan berdendam ini amat mudah termakan hasutan syaitan.Lalu syaitan akan dengan mudah menyelinap kedalam hati manusia dan menjauhkan dirinya dari jalan kebenaran dan yang diredhai.

> Memandang remeh akan dosa-dosa kecil.Setelah memandang mudah perihal dosa-dosa kecil,mereka akan mengambil mudah pula segala dosa-dosa berkaitan.Perihal ini akan mendorong manusia lupa,lalai dan tidak mahu bertaubat.Apabila kita sering mengambil mudah dosa-dosa kecil,hati akan menjadi semakin hitam dan gelap,dan dengan ini ia akan menjadikan seseorang itu lebih mudah dikuasai oleh syaitan.

> Suka dan gembira apabila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah SWT.Apatah lagi azab atau musibah itu ke atas orang lain.Mereka bukan sahaja tidak mahu membantu atau mengambil pengajaran di atas musibah itu,malahan mengejek-ejek pula mereka yang di timpa mala petaka tersebut.

> Memandang rendah kepada seseorang yang lain.Sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian sesama manusia.

> Bodoh di atas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu,sebaliknya merasakan dirinya semakin betul.Mereka merasa segala fikiran dan perlakuan mereka sentiasa betul,walhal apa yang dilakukan itu sebenarnya sesuatu yang bodoh.apatah lagi mereka ini jenis yang tidak mahu mendengar nasihat walaupun nasihat itu jelas datangnya dari orang-orang alim dan ulama yang di sertakan dengan hujah dan pembuktian.

> Suka kepada pujian dan sanjungan,kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.

> Syaitan amat suka menghasut tatkala manusia sedang marah.Ini kerana ketika ini manusia itu mudah terpengaruh dan selalu benar tunduk kepada nafsu amarahnya.Marah itu merupakan bara api dari neraka dan syaitan akan memarakkannnya didalam hati manusia untuk terus dan terus terjerumus ke dalam kancah dosa-dosa besar.

> Putus asa dengan rahmat Allah.Sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya.Oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa sahaja.Mereka akan mudah mengikut kata hati dan bisikan syaitan dengan mengambil jalan mudah seperti merompak,mencederakan diri sendiri,membunuh diri,ataupun perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukum yang lain.





'' orAng Yang TerlaLu CepAt bERpuTUs Asa aDalah OraNG yANg PutuS HarAPan seUMpamA dIA tELah MenyEDiaKAn dIRinyA seNDiri Untuk MAti SEbeLUm MAti ''


No comments:

Post a Comment