Thursday, December 16, 2010

Peristiwa Dalam Seminggu


Allah SWT telah menetapkan bahawa dalam seminggu terdapat tujuh hari.Allah SWT juga telah memberitahu kita dunia ini di jadikan selama enam hari.Manakala satu hari adalah untuk beristirehat bagi makhluknya menyaksikan kehebatan ciptaan Allah SWT.
Pada hari yang tujuh tersebut mempunyai catatan peristiwa bersejarah di dalam kalendar Islam.
Berikut adalah peristiwa-peristiwa tersebut :-

Ahad
1.Allah menjadikan alam ini.
2.Allah menjadikan bintang-bintang di langit.
3.Allah menjadikan api neraka.
4.Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis.
5.Allah menjadikan tujuh jenis lautan.
6.Allah menjadikan tujuh anggota manusia.

Isnin
1.Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.
2.Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina.
3.Bukti keEsaan Allah diturunkan.
4.Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
5.Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.
6.Rasululluh SAW wafat.

Selasa
1.Nabi Yahya telah dibunuh.
2.Nabi Zakaria telah dibunuh.
3.Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
4.Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
5.Lembu Bani Israel dibunuh.
6.Habil dibunuh oleh Qabil.

Rabu
1.Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah SWT.
2.Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
3.Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
4.Umat Nabi Salleh AS dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibril AS.
5.Umat Nabi Hud AS dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat.

Khamis
1.Nabi Ibrahim AS memasuki kerajaan Mesir.
2.Saudara Nabi Yusuf AS telah menemuinya semula di Mesir setelah terpisah lama.
3.Nabi Yaakob AS bertemu dengan anaknya semula iaitu Nabi Yusuf AS di Mesir.
4.Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mekah.

Jumaat
1.Nabi Adam AS berkahwin dengan Siti Hawa.
2.Nabi Yusuf AS berkahwin dengan Zulaikha.
3.Nabi Musa AS berkahwin dengan Siti Safura yakni anak kepada Nabi Syuib AS.
4.Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis.
5.Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah.
6.Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Aishah.
7.Ali bin Abu Thalib RA berkahwin dengan Siti Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW.

Sabtu
1.Nabi Nuh AS diperolok-olokkkan oleh kaumnya.
2.Nabi Salleh AS ditipu oleh umatnya.
3.Nabi Yusuf AS ditipu oleh saudara-saudaranya.
4.Nabi Musa AS ditindas oleh Firaun.
5.Nabi Isa AS diperdayakan oleh Kaum Yahudi.
6.Nabi Muhammad SAW menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.

RENUNGAN

''Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.''
( Surah Al-Nahl Ayat 125 )



No comments:

Post a Comment